Ayam Panggang Indonesia

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang dan dibelah dua)
2 camca besar air limau nipis
2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 camca sedang mentega Bahan giling:
4 batang lada merah
4 batang lada padi/api
1 ulas bawang putih
1 camca teh lada putih/sulah
1 camca teh gula

Cara-cara

Panggang ayam perlahan-lahan di atas atau di bawah api yang kecil hingga hampir keemasan warnanya. Campurkan bahan giling, kicap dan air limau. Bancuhkan dengan serbuk kunyit dan bubuh garam secukup rasa. Gaulkan ayam dengan ramuan campuran itu. Panggang ayam itu sekali lagi, sambil melumurkannya dengan ramuan campuran yang selebihnya. Apabila sudah masak, angkat dari api. Sapukan mentega. Hidangkan panas-panas atau sejuk.