Ayam Panggang Gaharu

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (jangan dipotong)
1 camca jintan putih
2 ulas bawang putih
5 biji buah keras
biji kelapa dibuat kerisik atau 2 camca besar kerisik
biji kelapa atau peket santan serbuk (ambil 4 cawan santan)
2 biji limau nipis (ambil airnya) 1 camca besar ketumbar
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
2.5 sm halia
3 biji cili merah
1 batang serai (dititik)
5 helai daun limau purut

Cara-cara

Ketumbar, jintan putih dan kerisik digiling halus. Manakala bawang merah. bawang putih halia dan buah keras juga digiling tapi jangan terlalu halus. Gaulkan semua bahan yang telah digiling bersama ayam, serai, garam dan daun limau. Tuangkan santan, kacau hingga rata. Masaklah diatas api. Jika ayam masih belum empuk dan santannya hampir kering, bolehlah tambahkan sedikit air. Masukkan air asam dan garam. Angkat dan panggang ayam tadi sambil direnjiskan kuah tadi. Balik-balikkan hingga kuning, barulah diangkat.