Ayam Panggang Epal dan Prun

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji lemon
Sedikit garam dan lada sulah
2 biji epal (kupas, buang tengah dan hiris nipis)
15 biji prun 400 ml stok ayam
2 sudu besar tepung gandum
¾ cawan krim
1 batang pasli (dicincang)

Cara-cara

Sapu keseluruhan ayam dengan lemon dan renjiskan dengan garam dan lada sulah. Masukkan ke dalam perut ayam dan ikat. Bakar di dalam ketuhar dengan kepanasan 220C selama 15 minit dan setelah itu 170C selama sejam dan terbalik-balikkan ayam setiap 10 minit. Setelah masak, keluarkan daripada ketuhar dan bungkus dengan kertas timah agar sentiasa panas. Sementara itu ambil lemak daripada bekas pemanggang dan kacau dalam tepung. Masukkan baki stok ayam dan didihkan sehingga pekat. Mauskkan krim dan didihkan sebentar. Semasa menghidang, keluarkan bahan yang dimasukkan ke dalam perut ayam tadi dan susun di sekeliling pinggan. Ayam boleh juga dipotong kecil-kecil. Taburkan pasli.