Ayam Panggang Berempah Istimewa

Ramuan / Bahan

6 ketul paha ayam
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
2 batang serai
4 cm halia 3 sudu jintan manis serbuk
3 sudu jintan putih serbuk
2 biji kelapa- diambil santannya
Sesudu kecil serbuk kunyit
Sehelai daun kunyit
5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara

Bersihkan ayam dan tuskan. Kisar bahan-bahan seperti cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan halia sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau dan masukkan jintan manis, jintan putih dan kunyit. Masukkan santan dan masak sehingga agak pekat. Masukkan ayam dan gaul sehingga mesra dan sebati. Biarkan lebih kurang 10 hingga 15 minit, angkat ayam dan panggang dalam ketuhar yang suhu 150'C selama 20 hingga 25 minit. Kuah yang selebihnya tadi biarkan sehingga pekat. Setelah ayam masak, tuangkan kuah ke atasnya mengikut cita rasa.