Ayam Panggang Berempah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (digiling lumat)
2 cm halia
4 sudu rempah kari ayam 1 cawan susu cair
3 biji limau nipis (perah dlm susu untuk dijadikan tairu)
Kunyit
Garam

Cara-cara

Garam dan kunyit ayam luar dan dalam. Bahan yang digiling lumat juga disapu rata pada ayam.

Campurkan rempah dan tairu dan sapu pada ayam, luar dan dalam. Perap selama lima jam.

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. Lima minit kemudian masukkan ayam dan bakar selama 50 minit. Sedap dimakan dengan nasi beriani.