Ayam Pandan Berempah

Ramuan / Bahan

2 ketul ayam [ bahagian paha ]
1 sudu besar madu
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil air asam jawa
2 helai daun pandan

Cara-cara

Satukan semua bahan-bahan dan kemudian gaulkan pada ayam hingga rata. Perap selama 15 - 20 minit.

Balut ayam berkenaan dengan daun pandan. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 5 - 10 minit dengan suhu kepanasan 180C hingga keperangan.