Ayam Palembang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji kelapa parut
6 tangkai cili merah
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm halia 1 sudu puri tomato
3 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
cawan minyak makan
1 tin kecil kacang pis
Garam

Cara-cara

Ayam dibersih, potong ikut suka hati. Gaulkan dengan garam, kemudian digoreng hingga kuning. Halia, serai, bawang-bawang & cili digiling sampai lumat. Panaskan minyak di dalam periuk & tumiskan bahan-bahan yang digiling tadi.
Masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis
& buah pelaga. Bila kuning & wangi, masukkan tomato & garam juga santan. Bila mendidih masukkan ayam & kacang pis.