Ayam Muda Pi

Ramuan / Bahan

450 gm ayam muda
5 gm garam
5 gm serbuk lada putih
5 gm serbuk perasa ayam
5 gm gula
5 gm bunga lawang
5 gm kulit kayu manis
100 gm sos plum
10 gm daun selasih
1 gm bijan, dipanggang
20 gm daun bawang 200 gm minyak masak
5 gm kulit popiah
150 gm sos cili merah, dicincang - bahan sos
50 gm air - bahan sos
1 gm serbuk perasa - bahan sos
10 gm cuka hitam - bahan sos
5 gm kicap pekat - bahan sos
10 gm kicap cair - bahan sos
Sedikit tepung jagung

Cara-cara

Celur ayam di dalam air mendidih dan sejukkan. Lumurkan garam, serbuk lada putih, serbuk perasa ayam, gula, bunga lawang, kulit kayu manis, sos plum, daun selasih, bijan dan daun bawang pada ayam tadi. Perapkan ia sejam. Satukan semua bahan-bahan sos dan kacau rata. Goreng tenggelam di dalam minyak panas hingga ayam tampak keemasan dan garing. Letakkan ayam bersama kulit popiah yang telah digoreng. Satukan semua bahan sos, pekatkan dengan tepung jagung. Sapukan sos sebelum dihidangkan.