Ayam Merah

Ramuan / Bahan

½ kilo ayam
Minyak masak secukupnya
1 tin kacang peas hijau
Sedikit sos cili dan tomato
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
Garam secukup rasa
2 inci halia
5 tangkai cili merah
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit gula

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
Kisar halia, cili merah, bawang putih dan bawang besar.
Tumis bahan kisar kemudian masukkan ayam, garam dan gula.
Kemudian masukkan sos cili dan tomato.
Apabila sudah sebati, masukkan kacang peas dan bawang yg dipotong bulat.