Ayam Ampap

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong 16}
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
2 batang serai
½ batang bunga kantan
Serbuk kunyit (ikut suka)
2 sudu chili kering kisar (ikut suka)
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit belacan (jika suka)

Cara-cara

Ayam dibersih dan dibuang kulitnya.
kisar semua bahan-bahan tadi, kecuali bunga kantan dan kepingan asam gelugor. Campur semua bahan-bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan.

Sekiranya anda ingin ianya berkuah, tambahkan air tetapi jangan terlalu banyak. Masakan ini lebih sedap kalau kuahnya pekat. Adalah lebih baik sekiranya disediakan tiga jam sebelum dimakan agar kuah dan ayam menjadi cukup sebati.