Ayam Aloha

Ramuan / Bahan

4 peha ayam
2 camca sedang serbuk kunyit
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
3 camca kecil garam
1 camca kecil lada putih
Sedikit gula 1 camca kecil jintan manis
Sedikit halia ( ambil airnya sahaja)
2 camca besar cuka
2 cawan serbuk roti
2 biji telur
2 camca kecil tepung jagung

Cara-cara

Peha ayam dibersihkan dan direndam dengan cuka selama satu jam. Toskan dan lumur dengan serbuk kunyit, bawang putih yang ditumbuk, serbuk jintan, serbuk lada putih, gula garam, air halia dan tepung jagung. Peram selama dua jam. Bila hendak digoreng, golekkan dengan telur yang telah dipukul dengan serbuk roti. Goreng dengan minyak yang banyak. Hias dengan kentang goreng, tomato, nenas dan kacang peas, Cicah dengan tomato sos.