Kerepek Ubi Bergula

Ramuan / Bahan

750 gm ubi kayu (dikupas kulitnya)
Minyak untuk menggoreng 250 gm gula Melaka
½ cawan air

Cara-cara

Hiriskan ubi kayu kecil-kecil dan tipis. Jemurkan di tengah panas cahaya matahari selama 1/2 jam. Pijarkan minyak dan goreng hingga masak dan garing. Toskan betul-betul. Masukkan gula ke dalam sebuah kuali bersih dan kering. Tuangkan air. Didihkannya. Kacau di atas api yang sederhana hingga gula itu hancur. Masukkan kepingan-kepingan ubi kayu yang telah digoreng tadi. Masak sambil dikacau-kacau hingga ubi itu berbalut rata dengan sirap itu. Angkat. Sejukkan dulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.