Ayam Masam Pedas

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit lengkuas
sedikit halia
2 tangkai cili kering
2 keping asam gelugur
garam
serbuk perasa
sedikit budu

Cara-cara

ayam dipotong 12 dan dibersihkan.
bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili kering dihiris/mayang.
Masukkan ke dalam satu mangkuk, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit budu. Ramaskan bahan-bahan ini sehingga separuh lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi ayam, tambahkan air dan asam keping. Rebus sehingga ayam empuk dan naik bau.