Rendang Ayam Rempah biji

Ramuan / Bahan

seekor ayam
Bahan A
10 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 sudu rempah biji
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
Bahan B
minyak untuk menumis
5 sudu kerisek
5 sudu kicap
garam secukup rasa
daun kunyit dimayang halus

Cara-cara

Bahan A digoreng dengan sedikit minyak. Kemudian dikisar. Gaul dan perap ayam dengan bahan A dan kicap. Tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang diperap. Masukkan kerisek. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun kunyit.