Ayam Maya Sari Madu

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
botol sos tomato
2 camca sedang madu
3 camca sedang kicap pekat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
camca sedang minyak sapi
Gajus dan kismis untuk hiasan Bahan-bahan digiling halus:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1.27 sm belacan
1.27 sm halia
1 camca teh serbuk ketumbar

Cara-cara

Gaul sebahagian bahan-bahan giling bersama sebahagian kicap, sos tomato dan garam hingga sebati. Lumurkan bahan-bahan giling pada seluruh ayam dan bahagian dalamnya sekali. Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro 15 minit. Sementara ayam masak, panaskan minyak bersama minyak sapi. Tumis sebahagian lagi bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan sebahagian lagi sos tomato, kicap dan garam. Kacau rata. Apabila ayam masak, angkat dan masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. Kemudian taburkan biji gajus dan kismis serta curahkan madu. Hidangkan.