Ayam Masak Tomato

Ramuan / Bahan

1 kg ayam, dipotong mengikut suka
30 tangkai cili kering, digiling
8 biji tomato
15 biji bawang merah
1 sudu besar air halia 2.5 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit garam
6 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun ketumbar

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, cengkih, cili giling, bawang, air halia dan sedikit air.

Masukkan ayam, garam dan tomato.

Biarkan hingga ayam empuk, masukkan daun ketumbar. Apabila kering baru diangkat.