Ayam Masak Thai

Ramuan / Bahan

Ayam dipotong sederhana kecil ( 1 ekor @ separuh )

(a) 12 tangkai cili kering dikisar
(b) 5 ulas bawang putih dikisar
(c) ½ cawan sos cili
(d) 5 sudu sos tiram
(e) ½ biji limau nipis



Bahan untuk hirisan:-

-1 biji bawang besar
-2 helai daun limau purut
-3 batang serai
-10 biji cili melaka

garam secukup rasa

Cara-cara

1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak kemudian goreng ayam separuh masak.
3. Panaskan minyak masukkan separuh daripada hirisan bawang besar dan kemudian masukkan bahan yang telah dikisar beserta garam secukup rasa dan biarkan sehingga garing sedikit dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan sos cili, sostiram dan gaulkan sehingga rata.
5. Setelah itu masukkan semua bahan hirisan gaulkan sehingga rata.
6. Akhir sekali masukkan perahan limau nipis bersama kulit limau yang telah diperah tadi dan gaulkan sekali, tutup api dan bolehlah dihidangkan.