Kerepek Pisang

Ramuan / Bahan

2 biji pisang tanduk yang setengah masak (dihiris tipis-tipis)
Minyak untuk menggoreng 2 cawan gula
1½ cawan air
5 sm kulit kayu manis

Cara-cara

Pijarkan minyak yang banyak di atas api yang panas. Gorengkan hirisan pisang hingga kuning dan garing. Masukkan gula ke dalam sebuah kuali yang bersih. Masukkan air dan kulit kayu manis. Jerangkan di atas api, sambil mengacaunya hingga gula hancur. Didihkan hingga pekat sedikit. Masukkan kerepek pisang. Kacau hingga berbalut rata-rata. Angkat dari api dan keluarkan kayu manis. Sejukkan betul-betul sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara.