Ayam Masak Pewira

Ramuan / Bahan

6 biji Bawang merah
7 ulas Bawang putih
2 inci Halia
2 sudu serbuk lada hitam
3 Sudu kicap masin
4 Sudu sos tiram
5 Sudu kicap manis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit serbuk cili
3 cawan air
Ayam atau daging

(sukatan bahan mengikut citarasa sendiri)

Cara-cara

Tumiskan semua bawang merah, bawang putih, halia dan sercuk cili.
Setelah kekuningan tambah sedikit air, sos tiram, kicap masin dan kicap manis.
Tambahkan sedikit garam(tidak perlu byk)dan gula.
Kemudian masukkan ayam dan 3 cawan air.
Setelah kuah mendidih masukkan serbuk lada hitam.
Masakkan sehigga ayam masak atau sehigga kuah sedikit kering.
Ayam boleh juga digoreng terlebih dahulu.