Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Merah

Ramuan / Bahan

Seekor ayam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
seinci halia
seinci lengkuas
2 batang serai
garam secukup rasa.
½ kilo santan pekat
tomato puri @ sos tomato
cili boh
3 biji ubi kentang (dibuang kulit dan dibelah 4)
secawan air
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara

potong seekor ayam kepada 16 bahagian dan bersihkan. bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas dan halia di kisar.mula - mula panaskan sedikit minyak masak, kemudian masukkan bahan kisar tadi kacau hingga kuning. selepas itu, masukkan cili boh(ikut pedas yang dikehendaki), tumis hingga garing dan naik bau.kemudian, setelah cili garing masukkan ayam, ubi kentang dan secawan air. kemudian tutup periuk tersebut. tunggu hingga ayam dan kentang empuk. setelah ayam dan kentang empuk, masukkan santan (ikut pekat yang disukai). biarkan ia mendidih beberapa minit. kemudian masukkan sos tomato @ tomato puri secukup rasa. kacau hingga rata, akhir sekali masukkan garam secukup rasa. biar ia mendidih beberapa minit, dan hidangkan.