Ayam Masak Merah

Ramuan / Bahan

125 ml minyak sapi
4 sudu besar pes cili
2 batang serai
5 kg ayam, dipotong, dibersih dan digoreng garing
1 liter santan
Sedikit garam dan gula Bahan-bahan dikisar:

4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
20 tangkai cili kering

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah bersama bawang putih hingga garing.

Masukkan lengkuas bersama halia, biar ia sebentar.

Masukkan pes cili bersama cili kering, biar hingga ia terbit minyak.

Kemudian, masukkan serai bersama ayam dan santan. Masukkan juga garam dan gula. Biar hingga kuah pekat.