Ayam Masak Masam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong 10 dan rebus)
2 sm halia muda (dicincang)
½ cawan sos cili
2 camca besar gula putih
3 tangkai cili merah
½ cawan kacang peas
3 kuntum bunga lawang
2 ¼ minyak masak
1 tangkai daun pudina 2 labu bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dicincang)
½ cawan sos tomato
Garam secukup rasa
2 biji tomato (dipotong bulat)
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 ½ camca besar serbuk kunyit

Cara-cara

Panaskan minyak sapi, masukkan bawang, cili merah, tomato dan daun pudina, tumis hingga separuh masak. Masukkan buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, halia, bawang putih, garam dan gula. Biarkan hingga naik minyak, masukkab ayam yang telah direbus tadi. Masak dengan api perlahan selama 5 minit. Taburkan kacang peas, daun pudina dan daun bawang.