Ayam Masak Maktum

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam
¼ kg kacang bendi(dipotong dua)
2 senduk minyak sapi
1 camca kecil jintan manis
4 labu bawang besar (dibelah empat)
1 biji limau nipis
2 camca besar ketumbar 1 camca kecil jintan putih
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
1 tin susu cair
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 Camca kecil lada putih

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong sesuka hati. Bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada putih digiling halus. Gaulkan ayam dengan setengah dari bahan yang digiling. Panaskan minyak sapi, tumis baki daripada rempah yang digiling tadi dan biarkan sehingga garing. Sesudah itu masukkan ayam, limau nipis, susu cair serta sedikit air dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa bersama kacang bendi dan bawang besar. Bila telah empuk dagingnya bolehlah dihidangkan.