Ayam Masak Lengkuas

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
santan (1 biji kelapa)
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun kunyit
3 sudu besar cili kering yg dikisar
4 sudu makan minyak untuk menumis
2 ulas bunya lawang
4 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
4-5 bunga cengkih Bahan-bahan untuk dimesin:
2 inci lengkuas muda
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
5 batang serai
5-7 biji bawang merah


Cara-cara

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunya cengkih.
3. Bila dah harum, masukkan bahan-bahan yang dimesin dan campur sedikit air.Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili kisar.
4. Kacau dan biarkan sebentar lebih kurang 10 minit
5. Bila cili dah masak, masukkan ayam.
6. Selepas 5 minit, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sedikit dan biarkan sehingga ayam masak menggunakan api yang sederhana.
7. Apabila kuah agak kering, masukkan daun kunyit dan bolehlah dihidang.