Ayam Masak Lemak Serai

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (sederhana besar)
2 batang serai
2 helai daun limau purut
3 sudu besar cili kering (diblender)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
sedikit kiub ayam

3 biji kentang (dibelah empat)
santan (1 biji kelapa)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Tumiskan bawang putih hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan cili kering (diblender)dan kacau hingga sedikit garing.
3. Masukkan santan cair dan tunggu hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan kentang dan ayam yang telah dipotong sederhana.
5. Masukkan serai dan daun limau purut.
6. Apabila kentang sudah empuk, masukkan garam secukup rasa dan kiub ayam.
7. Akhir sekali masukkan bawang besar.