Ayam Masak Lemak Pegaga

Ramuan / Bahan

Ayam (mengikut keperluan)
Santan
15 tangkai pegaga
Sebatang serai
Serbuk kunyit secukupnya
½ daun kunyit (disimpul) 1 labu bang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Cili api (mengikut tahap kepedasan) Limau nipis (¼ biji)
garam secukup rasa
minyak masak

Cara-cara

1) Perapkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam selama 10 minit.

2) Tumbukkan bawang merah dan putih.

3) Tumbukkan cili api (jumlah bergantung kepada kepedasan yang diingini)

4) Tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi

5) Masukkan cili api yang telah ditumbuk bersama serai yang telah diketuk. Tunggu sehingga cili masak(naik minyak)

6) Masukkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit.

7) Masukkan garam, perahkan limau dan masukkan pegaga. Tunggu seketika.

8) Masukkan santan daun kunyit dan ayam

9) Tunggu sehingga ayam masak sebelum menutup api.