Kerepek Bawang

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
3 sudu serbuk jintan manis
3 sudu serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kayu manis 6 butir telur
10 ulas bawang merah
350 gm planta
1 liter air
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Gaul tepung gandum dengan tepung beras, telur dan planta sehingga sebati.

Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian, bahagian yang pertama dibancuh dengan air dan bahagian yang kedua dibancuh dengan rempah-ratus dan campuran bawang yang telah dikisar halus.

Canaikan bahagian yang pertama hinga nipis dan asingkan. Kemudian dadarkan bahagian kedua sehingga ia nipis.

Tindankan kedua-dua adunan tadi dan gulung sehingga ia padat. Simpan adunan tersebut ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.

Keluarkan adunan dan potong nipis dan seterusnya bolehlah digoreng di atas api yang sederhana panas.