Ayam Masak Kicap Sungai Petani

Ramuan / Bahan

seekor ayam dipotong 8
Garam
kunyit
secawan kicap pekat
secubit jintan manis
1 inci halia 10 biji lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
5 biji cili merah
½ cawan pati santan

Cara-cara

Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan. Tumbuk lada hitam, jintan manis, halia dan bawang merah.
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan pati santan dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan ayam dan biar semula seketika. Sebelum masakan diangkat, masukkan bawang besar yang telah dimayang dan cili merah yang dibelah tengah.