Ayam Masak Kicap Senang

Ramuan / Bahan

500gm ayam
1 camca Kicap pekat
2 camca sos tiram
1 camca kicap manis (cap kipas udang)
2 camca minyak
garam kunyit secukupnya.
1 mangkuk air (secukupnya)
sedikit serbuk lada sulah.
Gula secukup rasa
ajinomoto 1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 tangkai lada merah (dihiris serong)
1 tangkai lada hijau (dihiris serong)

Cara-cara

Bersihkan ayam dan di lumur dengan garam kunyit dan sedikit kicap. biarkan sebentar. Selepas itu masukkan kedalam kuali dan kacau dalam api yg sederhana. masukkan air. tutup periuk. Bila air ayam sudah kering dan masak, masukkan minyak dan kacau. masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau. sesuaikan rasa. masukkan bawang besar, bawang putih, lada merah dan lada sulah. kacau dan tutup api. sedia dihidang.