Ayam Masak Kicap Dengan Tempe

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
10 keping tempe dipotong 3
5 ulas bawang merah
2 cm halia
1 ½ sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar dibelah dan dihiris ¼ cawan kicap
1 cawan air
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara

1- Ayam digaulkan dgn sedikit garam dan
serbuk kunyit.
2- Panaskan minyak lalu digoreng ayam dan tempe secara berasingan.
3- Keluarkan minyak dn tinggalkan dlm anggaran 3 sudu besar di dalam kuali
kemudian tumiskan bahan hiris dan cili
kisar. Kacau sehingga bangkit baunya.
4- Masukkan kicap, gula, asam gelugur dan air. Bila mendidih, masukkan tempe dan bawang besar kemudian kacau rata.
5- Biarkan sehingga mendidih dan rasa masin manisnya. Jika masih tawar baru ditambah sedikit garam, kacau hingga rata dan angkat.