Ayam Masak Kicap Best

Ramuan / Bahan

Kepak ayam 500 gm
Bahan A :
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa
Bahan B :
½ bawang besar (dimayang halus)
1 ulas bawang putih (diketuk)
2 cm halia (dihiris halus)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap cair Maggi
Sedikit air asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
Sedikit air

Cara-cara

1. Perap kepak ayam dengan bahan A selam 30 minit.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng kepak ayam hingga agak garing.
3. Bila agak garing dan kuning,masukkan air (kalau nak kuah banyak, letak banyak)Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua bahan B dan akhir sekali serbuk perasa. Tunggu hingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.