Ayam Masak Hitam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar rempah daging
5 sm halia ]ditumbuk
2 ulas bawang putih]ditumbuk 3 labu bawang besar dimayang bulat
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi
Sedikit kacang peas

Cara-cara

Ayam dibersihkan, dipotong-potong, dibasuh serta toskan airnya. Setelah itu gaulkan ayam dengan bahan yang telah ditumbuk tadi. Kemudian masukkan ayam di dalam kuali bersama minyak sapi, serbuk lada hitam, serbuk rempah, tomato sos, kicap dan kacang peas. Jerangkan diatas api. Biarkan hingga kering sambil dibalik-balikkan supaya sebati dan rata. Bila sudah kering masukkan bawang besar. Biarkan hingga cukup kering sambil sesuaikan rasanya.