Ayam Masak Halia

Ramuan / Bahan

Seekor ayam di potong kecil (ikut suka)
Halia seketul besar (lebih banyak lebih sedap)
Lada hitam
Bawang merah 3 ulas
Kicap manis
Mentega
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng (2 senduk)

Cara-cara

Bersihkan ayam dan toskan.
Tumbuk halia dan bawang merah.
Gaulkan ayam dengan kicap manis dan lada hitam. kemudian masukkan halia dan bawang merah yang telah ditumbuk. Gaul hingga rata dan perapkan selama 1 jam. (lebih lama lebih sedap). Panaskan minyak, dan masukkan ayam. Gaulkan dan tambahkan air.Gaulkan supaya ayam tidak melekat di kuali. Tambahkan mentega ikut suka. Masaklah hingga kering air. (Masakan ini kelihatan seperti rendang)