Ayam Masak Halba

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka)
2 biji bawang besar ] di mayang
4 ulas bawang putih ] halus
1 inci halia ]
2 sudu cili giling
1 sudu kecil halba
1 biji kelapa ] diambil santannya
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara

Santan dimasukkan dalam periuk.Masukkan
ayam dan bahan-bahan yang dimayang halus, cili giling, asam keping dan halba.

Masaklah di atas api yang sederhana
sehingga kuahnya pekat dan ayamnya masak
Tambahkan garam secukup rasa.
(Seeloknya ayam kampong)