Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut

Ramuan / Bahan

Ayam ½ ekor
15 biji cili padi(ikut rasa)
kunyit hidup ½ inci
garam secukup rasa

bawang kecil 1 biji
serai 2-3 batang
Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)

Cara-cara

Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak.
tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba...