Ayam Masak Gedup Suri

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam dipotong 10 (ketulan besar)
minyak masak
½ cawan kicap manis
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar gula
garam secukup rasa

bahan kisar:
10-12 tangkai cili kering
2 inchi halia
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
secawan air

bahan A:
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2-3 biji buah pelaga

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali, tumis daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga naik bau. Kemudian tuangkan bahan kisar ke dalam kuali, goreng hingga pecah minyak.
Tambah kicap manis dan gula dan masukkan secawan air dan ayam. Kacau hingga rata.
Masakan ini dipanggil gedup kerana kuali perlu ditutup dengan penutup (digedup) hingga ayam empuk. Selepas itu, biarkan hingga kuah pekat. Tambah garam secukup rasa.