Kentang Berbijan

Ramuan / Bahan

675 gm kentang kecil, dibersihkan
Air untuk merebus kentang
3 camca besar minyak
2 camca besar badam urai 2 camca teh bijan
2 camca teh kaskas
2 camca besar hirisan daun sup(daun sahaja)
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Cara-cara

Rebus kentang bersama sedikit air hingga empuk. Angkat dan sejat. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng badam, bijan dan kaskas hingga kuning. Tuang bahan-bahan goreng pada kentang. Kacau hingga sebati. Masukkan hirisan daun sup, garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata dan hidangkan panas-panas.