Ayam Masak Cuka

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
4 cm halia
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili padi
3 sudu besar minyak (untuk menumis)
4 cawan minyak (untuk menggoreng ayam) 4 sudu kecil cuka
2 sudu kecil gula
ΒΌ cawan kicap cair
1 tin nanas kiub
1 tin cendawan butang - dibelah dua
Garam secukupnya

Cara-cara

Ayam dipotong, dibersihkan dan gaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga garing atau empuk dan ketepikan. Bawang besar, putih, dan halia dihiris halus. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris hingga naik baunya. Kemudian masukkan cuka, cili padi, gula dan kicap cair. Biarkan hingga mendidih. Masukkan ayam dan nanas serta cendawan butang. Kacau agar semua bahan agar rata dan biarkan seketika hingga ayam sebati rasa. Padamkan api dan bolehlah diangkat.