Ayam Masak Cendawan

Ramuan / Bahan

4 ketul ayam bersaiz sederhana
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
8 keping cendawan cina (direndam terlebih dahulu)
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili 1 biji lada benggala merah (dipotong enam bahagian)
1 liter stok ayam
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Daun bawang - untuk hiasan

Cara-cara

Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik baunya. Masukkan sos cili dan biarkan seketika di atas api sederhana, kemudian masukkan sos tiram. Masukkan stok ayam, cendawan cina, ayam dan sesuaikan rasanya. Biarkan di atas api hingga ayam masak. Masukkan lada benggala dan biarkan seketika. Angkat dan taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.