Ramuan / Bahan

Seekor Ayam (dipotong)
Santan Kelapa(sebiji kelapa)
2 keping Asam keping
1 mangkuk kecil kicap
1" Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Sebiji tomato
Bahan untuk dikisar
7 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
1" halia
10 tangkai cili kering
5 biji cili padi
Minyak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa
Air

Cara-cara

Panaskan Minyak, tumis 1" Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sampai naik bau dan masukkan bahan yg dikisar.

Kemudian masukkan ayam. Apabila ayam agak kecut baru masukkan santan sehingga mendidih sambil dikacau. Kemudian masukkan asam keping, kicap, garam dan serbuk perasa.

Sekiranya terlalu pekat masukkan sedikit air. Biarkan ia mendidih dan akhir sekali masukkan tomato yg telah dipotong 6.