Ayam Masak Kicap Halia Cina

Ramuan / Bahan

7 ketul kepak ayam
5 inci halia muda dimayang memanjang
sedikit minyak masak
sedikit kicap pekat
sedikit kicap cair
sedikit lada hitam ditumbuk halus
7 keping cendawan telinga tikus direndam
5 ketul cendawan butang kering direndam
5 sudu makan sos tiram
3-4 gelas air
sedikit garam
sedikit bahan perasa

Cara-cara

1.Campurkan kepak ayam dengan kicap pekat,kicap cair,lada hitam dan sedikit garam.Kemudian gaul hingga sebati dan perap selama 15 minit.
2.Panaskan minyak dan tumiskan halia muda tadi hingga kekuningan.
3.Masukkan ayam yang diperap tadi, kacau hingga sebati dan biar seketika.
4.Kemudian masukkan air,kicap cair,kicap pekat,sos tiram,cendawan telinga tikus dan cendawan butang kering.Kacau lagi hingga sebati.
5.Tutup kuali dengan penutup supaya ayam itu cepat empuk.
6.Setelah ayam empuk masukkan garam dan bahan perasa tadi.Kacau lagi dan siap untuk hidangan.