Ayam Malbari

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam(dipotong mengikut kesukaan,kalau boleh kecil2)
1 inci halia
2 ulas bawang besar
5-10 biji cili kering (kalau suka pedas tambahkan)
ketiga2 bahan tadi ditumbuk berasingan

2 sudu kicap pekat(kicap biasa pun boleh)
2 sudu serbuk kari baba's (utk meat)
air asam jawa
minyak
garam
gula
ajinomoto

Cara-cara

panaskan minyak. masukkan bawang besar dan halia yang telah ditumbuk. goreng sehingga naik bau. masukkan serbuk kari baba's dan kacau..kemudian masukkan cili yang telah ditumbuk tadi..goreng sebentar dan kemudian masukkan secawan air..masukkan ayam dan air asam jawa..kemudian masukkan kicap tadi..garam, gula dan ajinomoto(kalo nak letak la) dimasukkan secukup rasa. masak sehingga kering..gerenti best..selamat mencuba