Ayam Madu Goreng Ala Nasi Ayam

Ramuan / Bahan

Bahan Utama :
Seekor ayam (dipotong 8)
2 kiub pati ayam


Bahan A :

Halia (sebesar ibujari)
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan B :

3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan

Cara-cara

Tumbuk atau giling bahan A. Kemudian tumiskan bahan A tadi sehingga naik bau dan rebus ayam. jangan lupa masukkan kiub pati ayam.

Setelah ayam siap direbus. Angkat dan toskan airnya.

Campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Kemudian perapkan ayam yang telah direbus bersama sama bahan B. Perap selama 1-2 jam.

Selepas diperap, panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.