Ayam Kunyit Berapi

Ramuan / Bahan

Ayam (dibuang tulang & dipotong kecil)
Minyak masak (3 sudu besar)
Bawang putih (2-3 ulas) - dicincang
Halia (1 inci)- dicincang

BAHAN A:

Serbuk kunyit (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Sos tiram (secukup rasa)
Cili kering (direndam & dikisar bersama bawang merah)
BAHAN B:

Bawang besar
Cili merah

Cara-cara

Perap ayam bersama bahan A selama lebih kurang 15 minit.

Panaskan minyak.

Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.

Masukkan ayam yang telah diperap.

Masak selama 10 minit.

Masukkan bahan B dan masak lagi 2 minit.

Hidangkan..