Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Kukus Halia

Ramuan / Bahan

Bahan - bahan:-

1 ekor ayam (di potong mengikut
citarasa anda)
3 batang serai (dititik)
Sos tiram (secukupnya untuk dilumurkan pada ayam)
Garam secukup rasa

Bahan dikisar bersama:-

½ labu bawang putih
50gm halia muda

Cara-cara

1. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan sos tiram dan garam secukupnya. Kemudian letakkan di dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.

2. Letakkan serai pada ayam dengan cara diselang-selikan cara susunan supaya bau serai serata. Kemudian tuangkan bahan kisar.

3. Selepas itu bolehlah dikukus selama lebih kurang 2 jam atau lebih mengikut keadaan ayam dan citarasa masing - masing.