Kentang Bakar Bersama Isi Ketam

Ramuan / Bahan

6 biji kentang sederhana besar, dipotong dadu, rebus hingga empuk, toskan
100 gm macaroni rebus hingga empuk, toskan
(campurkan kedua makan rebus dalam mangkuk)
½ tin button mushroom - dihiris
½ biji capsicum
Bahan tumis:
3 sudu margerin/butter
6 ulas bawang putih - cincang halus
300 gm isi ketam
½ tin sup ayam (Campbell Chicken Soup)
sedikit oregano
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perasa
1 kiub pati ayam
3 sudu mayyonaise
3 sudu salad cream
½ cawan air
parutan cheese (parmesan shredded cheese)

Cara-cara

Panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ketam - kacau rata. Masukkan chicken soup, kiub pati ayam, serbuk perasa, lada sulah. Kacau rata dengan api perlahan. Kemudian semua bahan lain - mayyonaise, salad cream, mushroom and capsicum dan air.

Sapukan margerin dalam dulang/mangkuk pembakar. Masukkan campuran kentang rebus dn macaroni dan tuangkan semua bahan tumis tadi ke atas kentang/macaroni tersebut. Parutkan cheese dan bakar selama 30 minit suhu oven 200 darjah celcius.