Ayam Kicap Lada Hitam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
2inch halia (dikisir)
2 sdm lada hitam (dikisir halus)
½ cawan kicap pekat (kicap cap rumah api)
1 cawan air
secubit garam
minyak masak

Cara-cara

Bersihkan ayam. Masukkan halia, lada hitam yang telah dikisir halus. Seterusnya masukkan kicap pekat dengan secawan air dan sebatikan. Perapkan ayam tadi selama-lamanya 15 minit. Kemudian panaskan kuali dengan minyak masak, setelah cukup panas masuk ayam yang telah diperap tadi. Setelah ayam masak masukkan secubit garam.