Ayam Impian

Ramuan / Bahan

1 biji bawang besar, dibelah empat
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 ekor ayam anggaran 1.2 kg, dibersihkan
1 batang saderi, dipotong enam
1 batang lobak merah, dikerat enam dan dibelah empat
425 gm tomato, berkaleng, dicincang 1 ketul pati ayam
125 ml air
½ camca teh bserbuk pala
½ camca teh serbuk kulit kayu manis
1 camca besar rempah campuran
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Cara-cara

Masukkan suku bahagian bawang besar dan separuh bahagian bawang putih ke dalam perut ayam. Ikat kakinya. Lumur baki bawang putih pada seluruh ayam. Susun saderi dan lobak merah di dalam mangkuk tahan panas. Letakkan ayam di dalam mangkuk tadi dan masukkan tomato, pati ayam, air serbuk pala, serbuk kulit kayu manis, rempah campuran, garam dan serbuk lada sulah. Tutup mangkuk dan bakar 1 1/2 jam pada suhu 190'c. Apabila ayam masak, asingkan ayam dan kuahnya dan hidangkan berasingan.