Ayam Hot Kicap

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong 8)
3 sudu minyak sapi
2 cm kayu manis
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
½ cawan kicap manis
sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Basuh ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam lalu goreng hingga kuning.
Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar yang dimayang nipis hingga kuning, kemudian masukkan kayu manis, kacau dan masukkan sedikit air.
Masukkan air asam, ayam serta kicap dan renihkan sehingga sebati dan pekat. Kemudian masukkan cili yang di belah 4.
Masukkan garam secukup rasa.