Ayam Goreng Serai

Ramuan / Bahan

10 keping kepak ayam
4 ulas bawang putih
2 sm halia
4 biji bawang merah
2 camca sedang tepung beras 1 camca sedang perahan air limau nipis
5 batang serai
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong mengikut suka. Bawang putih, bawang merah, halia dan serai digiling lumat. Kemudian gaul bahan-bahan giling bersama ayam. Masukkan air limau nipis dan garam. Gaul hingga rata. Perap sejam. Tabur tepung beras dan goreng hingga kuning.